HP Spectre Fold Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga RM23,999 – Komputer Riba Dengan Skrin Boleh-Lipat

TechnologyDigital
18 Oct 2023 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan lepas, HP telah melancarkan komputer riba dengan skrin boleh-lipat pertama mereka iaitu HP Spectre Fold. Hari ini pada acara SXSW Sydney, HP telah memperlihatkan komputer riba ini dan turut mengumumkan harga jualan untuk pasaran Asia. Seperti produk HP lain, ia turut akan dijual di Malaysia secara rasmi dan menjadikan HP Spectre Fold antara komputer riba dengan skrin boleh-lipat terawal ditawarkan untuk pasaran tempatan.

image is not available

HP Spectre Fold ini menggunakan skrin OLED 17-inci dengan resolusi 2.5K, menyokong kecerahan HDR 500-nits, menerima pengiktirafan IMAX Enhanced dan kadar segar semula 60Hz. Untuk cip pemprosesan ia menggunakan Intel Core i7-1250U yang dipadankan dengan memori 16GB LPDDR5-5200 MHz dan storan dalaman 1TB SSD PCIe Gen4 NVMe TLC M.2.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam mod laptop, Spectre Fold mempunyai skrin 12.3″ atau 14″ inci sementara mod tablet dan desktop AIO adalah pada skrin bersaiz 17″. HP Spectre Fold turut hadir dengan papan kekunci yang boleh dicas secara nirwayar di atas skrin, atau secara pengecasan bermagnet. Skrin turut boleh digunakan dengan stylus HP Rechargeable MPP2.0 Tilt Pen untuk tujuan mencatat atau melakar.

image is not available

HP Spectre Fold menjalankan sistem operasi Windows 11 Home, serta hadir dilengkapi dengan WiFi 6E, Bluetooth 5.3, kamera web HP True Vision 5MP dengan IR, kuad-speaker Bang & Olufsen dengan DTS:X Ultra serta HP Audio Boost. Bateri adalah jenis 6-sel 94.3Wh dan kerana ia menggunakan teknologi Intel Evo ia mempunyai ketahanan mencapai 12 jam 30 minit, serta menyokong pengecasan 100W USB-C PD.

image is not available

Untuk I/O, HP Spectre Fold hadir dengan 2x USB-C Thunderbolt 4. Laptop ini mempunyai berat 1.35 kg dan 1.62 kg dengan papan kekunci. Sistem sekuriti dan privasi tersedia membolehkan mikrofon dan kamera web terus dimatikan berbanding menggunakan penutup plastik.

image is not available

Di Malaysia, HP Spectre Fold akan dijual bermula 20 November pada harga RM23,999. Ia hanya hadir dengan warna Slate Blue sahaja. Setiap pembelian turut didatangkan dengan HP Envy USB-C Hub, langganan McAfee LiveSafe, Xbox Game Pass dan Microsoft 365 untuk sebulan.