Huawei FreeBuds Lipstick 2 Dilancarkan Dengan Sokongan LDAC

TechnologyDigital
12 Apr 2024 • 10:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei FreeBuds Lipstick 2 telah dilancarkan serentak dengan MateBook X Pro 2024 semalam. TWS terbaru ini hadir dalam bekas simpanan merangkap pengecas yang kelihatan seperti sebatang gincu. Model tahun ini dipertingkatkan dengan tali yang membuatkan bekas ini nampak seperti sebuah beg tangan kecil.

image is not available

Putik telinga dilengkapi pembesar suara 11mm dengan terdapat pad sesentuh pada bahagian sisi. Sokongan audio resolusi tinggi dilakukan menerusi codec L2HC dan LDAC. Setiap putik boleh beroperasi sehingga 5 jam tanda ANC dan 3.5 jam dengan ANC. Dengan bantuan pod pengecas, pemilik boleh menikmati audio sehingga 20 jam sekali caj.

image is not available

Ia juga boleh ditambat kepada beberapa peranti secara serentak di bawah ekosistem HarmonyOS. Tiada isu untuk ia digunakan ketika bersenam kerana putik audio melepasi piawaian kalis peluh IP54. Di China Huawei FreeBuds Lipstick 2 dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1120) sepasang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved