Huawei Mate60 Pro Pula Bakal Hadir Dengan Ciri Seakan Dynamic Island

TechnologyDigital
21 Jul 2023 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di pasaran Malaysia, Realme C55 ialah peranti Android pertama hadir dengan ciri seakan Dynamic Island di iPhone 14 Pro. Kini menurut laporan SparrowNews, Huawei Mate60 Pro akan menjadi peranti mercu Anroid pertama dengan ciri yang sama.

image is not available

Siri Huawei Mate sejak dari dahulu menawarkan sistem imbasan wajah 3D dengan sistem infra merah. Maka penggunaan ciri seakan Dynamic Island ini adalah lebih munasabah pada peranti ini. Lubang kamera berbentuk pil diletakkan di tengah-tengah skrin Mate60 Pro. Ia menggantikan takuk besar pada siri Mate50 Pro sebelum ini.

Peranti dalam keluarga Mate lazimnya dilancarkan pada bulan Ogos. Maka pelancarannya dan nama yang akan digunakan oleh Huawei untuk ciri ini akan hanya diketahui pasca pelancaran.