Huawei kini dalam persediaan untuk melancarkan Nova 14 yang dijadualkan tiba pada 19 Mei 2025. Reka bentuknya menampilkan perubahan ketara berbanding generasi terdahulu khususnya pada bonggol kamera yang lebih menonjol. Susunan kamera kini diubah dalam kedudukan 2×2, berbanding susunan menegak sebelum ini lantas menjadikan bonggol kamera lebih besar.

Dari segi kemasan, peranti ini hadir dalam warna keemasan terang yang menarik, selain dijangka akan mempunyai pilihan warna lain untuk pengguna. Sistem tri-kamera bersama sebuah lampu LED Flash akan digunakan namun konfigurasinya masih dirahsiakan. Penjenamaan Nova juga jelas terpampang mengikuti gaya yang sering digunakan oleh Huawei pada beberapa peranti sebelum ini.
Setakat ini, tiada spesifikasi rasmi didedahkan namun berdasarkan paten mereka peranti berkemungkinan berada dalam kategori kelas pertengahan dengan fokus utama pada keupayaan kamera.


