Huawei Pura X Max Akan Diperkenalkan Dengan Sokongan Stylus Berkuasa AI

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 12:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura X Max dilihat menonjol bukan sahaja sebagai telefon lipat yang meningkatkan produktiviti, malah hadir dengan stylus berkuasa AI yang membawa pengalaman kreatif serta hiburan ke tahap baharu. Hal ini jelas diperlihatkan melalui video promosi yang dimuat naik yang menunjukkan pelbagai ciri disokong oleh stylus tersebut.

image is not available

Berdasarkan video rasmi di Weibo, stylus Huawei Pura X Max dengan sokongan AI boleh digunakan untuk menghasilkan suntingan kreatif dengan cara yang lebih menarik dan mudah. Ia membolehkan pengguna mengubah objek dalam masa nyata contohnya seperti membesarkan atau mengecilkan sesuatu objek dalam gambar atau video dengan hanya lakaran ringkas.

image is not available

Selain itu, pengguna juga boleh menukar gaya untuk bersosial seperti mengubah rupa dengan cara yang menyeronokkan sesuai untuk bersembang santai bersama rakan. Terdapat juga fungsi seperti hiasan digital untuk haiwan peliharaan di mana pengguna boleh menukar pakaian atau aksesori secara maya tanpa perlu melakukannya secara fizikal.

image is not available

Pura X Max akan dilancarkan pada 20 April 2026 dengan rekaan skrin lipat lebar yang menggabungkan skrin luar berukuran 5.5 inci dan skrin dalam bersaiz 7.69 inci dengan nisbah 16:10. Ia merupakan model kedua selepas Huawei Pura X yang menggunakan konsep skrin lipat lebar. Selain itu, peranti ini dipercayai akan dilengkapi dengan cip Kirin 9030 serta bateri 6000 mAh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved