Fungsi Kamera Siri Huawei Pura 90 Dikongsi Melalui Video Promosi Terkini

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 2:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Huawei meneruskan barisan peranti model Pura mereka dengan memperkenalkan siri Huawei Pura 90 bersama Pura Max di pasaran China pada 20 April 2026. Seperti kebiasaan, peranti mercu ini muncul menarik dengan spesifikasi kamera yang canggih.

image is not available

Antara kelebihan utama yang diketengahkan ialah kamera telefoto 200MP yang mampu merakam imej beresolusi tinggi dengan kejelasan luar biasa walaupun pada jarak jauh. Selain daripada itu, terdapat juga fungsi Cadangan Bergambar Pintar yang memberikan saranan gaya ketika mengambil gambar sekali gus membantu pengguna bergaya dengan lebih baik di hadapan kamera.

image is not available

Menariknya, fungsi ini hadir sebagai tambahan kepada teknologi Penyusunan Semula Pintar yang pernah diperkenalkan pada siri Mate 80 sebelum ini. Melalui video promosi, pengguna dapat melihat beberapa cadangan gaya yang sesuai dengan keadaan bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Seterusnya, teknologi fotografi pintar pula dilihat berfungsi meningkatkan pencahayaan, komposisi dan kualiti gambar secara automatik. Pada masa yang sama, kepelbagaian fungsi kamera memastikan hasil rakaman tetap tajam sama ada untuk jarak dekat mahupun jauh.

image is not available

Jika diperhatikan, Huawei berusaha mengekalkan reputasi mereka sebagai peneraju dalam teknologi kamera telefon pintar. Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada Pura ini akan memasuki pasaran Malaysia memandangkan Mate 80 Pro baharu sahaja dilancarkan tempoh hari sekali gus menandakan kembalinya Huawei ke pasaran global.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved