OnePlus Ace 6 Ultra Akan Dilancarkan Dengan Alat Kawalan OnePlus Strix G15

TechnologyGaming
20 Apr 2026 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti gaming OnePlus Ace 6 Ultra akan dilancarkan pada 28 April depan dengan ia turut hadir bersama dengan alat kawalan permainan OnePlus Strix G15. OnePlus Ace 6 Ultra hadiri dengan skrin 6.78″ OLED 1.5K serta kadar segar semula 165Hz yang cukup tinggi.

image is not available

Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 9500, kamera utama 50MP dengan lensa ultra sudut lebar 8MP, kamera swafoto 16MP, bateri 8500 mAh dengan pengecasan 100W dan sistem imbasan cap jari ultrasonik. Peranti juga akan menggunakan sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16.

image is not available

Alat kawalan OnePlus Strix G15 pula mempunyai ruang untuk menempatkan Ace 6 Ultra di bahagian dalamnya. Ia mempunyai dua buang picu bahu yang besar, dua lagi butang fizikal di bahagian bawah dan port pengecasan USB-C. Di bahagian bawah juga terdapat tempat untuk meletakkan kipas penyejuk sekiranya diperlukan.

Maklumat lebih lanjut mengenai kedua-dua peranti ini akan diketahui minggu depan. Dalam acara sama konsol mudah alih pertama OnePlus yang tertiris sebelum ini juga mungkin dilancarkan secara rasmi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved