Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

TechnologyDigital
20 Apr 2026 • 6:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Peranti Huawei Pura 90 Pro dan Huawei Pura 90 Pro Max akhirnya dilancarkan secara dengan ia membawakan pelbagai peningkatan berbanding model Pura 80 yang dilancarkan tahun lalu. Tahun ini nama peranti nampaknya mengikuti langkah Apple dan Xiaomi.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Huawei Pura 90 Pro hadir dengan paparan skrin OLED bersaiz 6.6 inci, manakala Huawei Pura 90 Pro Max memuatkan paparan skrin OLED 6.9 inci dengan resolusi FHD+ sama seperti model asas, dan memanfaatkan teknologi segar semula LTPO untuk penggunaan tenaga bateri yang lebih cekap.

Untuk ketahanan tambahan, paparan ini juga menggunakan kaca tahan lasak Kunlun versi terbaru dan juga hadir dengan salutan anti-pantulan untuk pengalaman tontonan skrin yang terbaik dalam pelbagai jenis pencahayaan.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Menguasakan kedua-dua peranti ini ialah cip pemprosesan terbaru dari Huawei, iaitu Kirin 9030S. Huawei mengatakan dengan cip ini, peranti Pura 90 Pro dan Pro Max hadir dengan keupayaan AI 200 peratus yang lebih baik untuk pemahaman imej, peningkatan 43 peratus dalam enjin warna AI, kejituan gambar telefoto yang diambil dipertingkatkan sebanyak 110 peratus dan peningkatan 30% dalam keupayaan anti-goncang AI.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Penawaran memori dan storan pada kedua-dua model ini juga adalah sama seperti apa yang diperlihatkan pada Huawei Pura 90.

Sistem kamera Huawei Pura 90 Pro terdiri daripada kamera sudut ultra lebar 12.5MP, kamera utama 50MP dengan sensor besar 1/1.28 inci, dan menyokong julat apertur boleh ubah f1.4-f4.0 dengan penstabilan imej optik (OIS) dan spektrum warna RYYB. Kamera ketiga ialah kamera telefoto 50MP dengan zum optik 4X dan zum optik 8x.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Untuk Huawei Pura 90 Pro Max pula, ia hadir dengan kamera utama 50MP dengan teknologi LOFIC, apertur boleh ubah fizikal 10-hentian dan OIS. Kamera sudut ultra lebar pula hadir dengan sensor 40MP dengan apertur f2.2.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Kamera telefoto Huawei Pura 90 Pro Max merupakan penaiktarafan terbesar yang dilihat setakat ini, dimana ia hadir dengan kamera 200MP dengan sensor 1/1.28 inci untuk zum berkualiti tinggi.

Kedua-dua peranti pintar ini hadir dengan bateri 6000mAH yang sedikit lebih kecil berbanding dengan Huawei Pura 90 asas. Walaupun begitu, Huawei Pura 90 Pro akan tampil dengan kelajuan pengecasan bateri 66W, manakala Huawei Pura 90 Pro Max akan hadir dengan kemampuan pengecasan berwayar setinggi 100W, dan pengecasan nirwayar setinggi 80W.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Semua peranti-peranti ini hadir dengan sistem operasi HarmonyOS 6.1 yang terbaru dan hadir dengan sistem ejen AI terbina yang boleh mengakses maklumat peribadi dengan cepat dan membantu menjana kandungan generatif melalui arahan suara sahaja.

Image from: Siri Huawei Pura 90 Pro Dilancarkan Dengan Kirin 9030S dan Sistem Kamera Dipertingkat

Pra-tempahan untuk peranti pintar Huawei Pura 90 Pro dan Huawei Pura 90 Pro Max sudahpun dibuka di pasaran China, dimana model asas hadir dalam pilihan warna Roland Purple, Velvet Black dan Snowy White, manakala model Huawei Pura 90 Pro hadir dengan pilhan warna Pink Guava, Orange Soda, Coconut Green and White, Mulberry Black manakala Huawei Pura 90 Pro Max pula hadir dalam pilihan warna Orange Sea, Glow Purple, Emerald Lake, Dawn Gold dan Obsidian Black.

  • Huawei Pura 90 Pro (12/256GB) – RMB 5499 (~RM 3188)
  • Huawei Pura 90 Pro (12/512GB) – RMB 5999 (~RM 3478)
  • Huawei Pura 90 Pro (16/512GB) – RMB 6499 (~RM 3768)
  • Huawei Pura 90 Pro (16/1000GB) – RMB 7499 (~RM 4348)
  • Huawei Pura 90 Pro Max (12/256GB) – RMB 6499 (~RM 3768)
  • Huawei Pura 90 Pro Max (12/512GB) – RMB 6999 (~RM 4058)
  • Huawei Pura 90 Pro Max (16/512GB) – RMB 7499 (~RM 4348)
  • Huawei Pura 90 Pro Max (16/1000GB) – RMB 8499 (~RM 4928)