Huawei Pura80 Masih Mengekalkan Rekaan Terdahulu

TechnologyDigital
5 Jun 2025 • 6:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Pura80 terus mengekalkan reka bentuk modul kamera daripada siri Pura70 meskipun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna. Ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang unik sementara yang lain melihatnya sebagai rekaan agak pelik. Namun, Huawei tetap berpegang teguh pada identiti reka bentuk ini untuk model terbaharu mereka yang menunjukkan keyakinan terhadap konsep yang telah diperkenalkan sebelum ini.

image is not available

Sesi pendaftaran minat bagi peranti ini mula dibuka di China dengan imej sebenar reka bentuk turut dikongsikan kepada umum. Peranti ini dijangka hadir dalam dua varian iaitu Pura80 Pro dan Pura80 Pro+. Walaupun reka bentuknya masih mengekalkan elemen daripada model sebelum ini, Huawei dilihat memperkenalkan pilihan warna baharu yang lebih menarik.

image is not available
Huawei Pura70 Pro

Salah satu warna yang mencuri perhatian ialah merah gelap yang menyerupai Ancora Red pada vivo v50. Peranti turut dijangka hadir dengan sistem tri-kamera di bahagian belakang yang dikuasai teknologi pengimejan terkini melalui jenama XMAGE. Maklumat terperinci mengenai spesifikasi penuh masih belum didedahkan tetapi kita boleh menjangkakan lebih banyak maklumat dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved