Hubungan baik Kerajaan Persekutuan-Sabah penting demi manfaat rakyat

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 2:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hubungan baik Kerajaan Persekutuan-Sabah penting demi manfaat rakyat

PETALING JAYA: Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah amat penting bagi memastikan setiap usaha dapat diselaraskan dengan lebih berkesan demi kepentingan rakyat negeri itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama erat antara kedua-dua pihak membolehkan pelbagai isu khususnya melibatkan bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditangani secara lebih menyeluruh.

Beliau berkata, Sabah mempunyai keperluan serta keutamaan tersendiri yang memerlukan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Sabah mempunyai keperluan dan keutamaan yang tersendiri. 

“Justeru, hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri amat penting agar setiap usaha dapat diselaraskan dengan lebih berkesan dan akhirnya memberi manfaat kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Saifuddin mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama delegasi ke KDN. – UTUSAN

The post Hubungan baik Kerajaan Persekutuan-Sabah penting demi manfaat rakyat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved