‘Hubungan saya dengan Datuk Jalaluddin, baik saja’ - MB

LocalPolitics
26 Aug 2026 • 5:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: ‘Hubungan saya dengan Datuk Jalaluddin, baik saja’ - MB
Ismail Lasim menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini. - Foto: Bernama

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan hubungannya dengan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam keadaan baik.

Beliau berkata, ada pihak tertentu yang mungkin sengaja cuba melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Jelebu terbabit.

"Hubungan saya dengan Datuk Jalaluddin baik, tiada isu. Esok pun kita akan berjumpa berbincang beberapa hal.

"Mungkin mereka nak melaga-lagakan kami sebab ada niat tidak baik. Kita, insya-Allah, okey saja, hubungan baik dan sedang merangka sesuatu yang baik untuk rakyat Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tiada keperluan buat masa ini untuk menukar pegawai kanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Setakat ini hubungan kita dengan kakitangan kerajaan dan pegawai pentadbir negeri ini dalam keadaan yang baik," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved