Nahas tiga beranak: Imigresen beri kerjasama penuh kepada polis

19 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nahas tiga beranak: Imigresen beri kerjasama penuh kepada polis

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis berhubung kemalangan maut membabitkan tiga beranak dengan sebuah lori jabatan itu di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes dalam siasatan pihak polis. JIM akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam melakukan siasatan ini.

“JIM juga akan menjalankan siasatan dalaman berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tiga beranak termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dilanggar sebuah lori JIM dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, lori Isuzu Black Maria milik JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah Proton Saga sebelum terbabas dan merempuh empat pejalan kaki serta sebuah kereta lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki Melayu berusia 43 tahun tanpa membawa penumpang ketika kejadian.

Mohd. Zamzuri berkata, tiga daripada empat pejalan kaki meninggal dunia di lokasi kejadian, iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya masing-masing berusia 25 tahun dan 12 tahun.

Seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 55 tahun yang juga isteri kepada mangsa lelaki dan ibu kepada dua mangsa perempuan mengalami kecederaan di kepala, tangan kanan serta kedua-dua kaki.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

The post Nahas tiga beranak: Imigresen beri kerjasama penuh kepada polis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved