Hubungan UMNO, PH berada pada tahap paling rendah – KJ

LocalPolitics
19 Sep 2026 • 11:42 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hubungan UMNO, PH berada pada tahap paling rendah – KJ

PETALING JAYA: Hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) termasuk antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada tahap paling rendah.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru ini mencerminkan sentimen yang semakin meningkat dalam kalangan perwakilan bahawa kerjasama parti itu dengan PH sudah sampai ke penghujungnya.

“Pada dasarnya, mesej kita hanya bertahan dalam kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada bila-bila masa sahaja dan selepas itu apabila kita masuk pilihan raya umum, kita akan berlawan sesama sendiri.

“Itulah pada asasnya mesej daripada Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam episod terbaharu audio siar (podcast) ‘Keluar Sekejap’.

Menurut Khairy, beliau yang menghadiri perhimpunan itu melihat majoriti besar perwakilan berkongsi pandangan bahawa UMNO sudah ‘selesai’ dengan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, sentimen berkenaan begitu kuat sehingga ada dalam kalangan perwakilan yang mahukan pilihan raya umum diadakan dengan segera.

“Banyak perkara masih belum diputuskan, tetapi apa yang jelas ialah kami sudah selesai dengan PH, kami sudah selesai dengan Anwar dan kami bersedia untuk bertanding dengan kerjasama mungkin bersama Perikatan Nasional (PN) dan Pas serta bersedia untuk mengambil alih kerajaan,” katanya. – UTUSAN

The post Hubungan UMNO, PH berada pada tahap paling rendah – KJ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved