14 kawasan catat IPU tidak sihat akibat jerebu

LocalEnvironment
22 Sep 2026 • 10:15 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: 14 kawasan catat IPU tidak sihat akibat jerebu

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu setakat 9 pagi ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Sebanyak 10 kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Sibu pada bacaan 178, Sri Aman (169), Mukah (168), stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (160), Kuching (157), Samalaju, Bintulu, Kapit dan Sarikei masing-masing mencatatkan (156) serta Samarahan (155).

Sementara itu, IPU pada tahap tidak sihat turut direkodkan di Putrajaya (151), Shah Alam, Selangor (109), Nilai, Negeri Sembilan (108) dan di stesen pemantauan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (103).

Secara keseluruhan, 51 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiga kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).-BERNAMA

The post 14 kawasan catat IPU tidak sihat akibat jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved