Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini

1 Nov 2025 • 7:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, lima negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

“Di Terengganu, beberapa daerah dijangka hujan seperti Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Manakala di Pahang, hanya dua daerah diramal hujan iaitu Pekan dan Rompin. Bagi Selangor, daerah Hulu Langat satu-satunya daerah yang diramal hujan hingga malam ini.

“Sementara itu, di Johor, dua kawasan diramal hujan seperti Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Lubok Antu) dan Sibu (Sibu dan Selangau),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid022WG6A2Vaks8Ai51bhW33D2JyDUyzspXnBG9ua1h2a85cU588rTkBXFUynxcPp88dl