Lima Negeri Diramal Hujan Petang Ini

LocalEnvironment
1 Nov 2025 • 3:11 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lima Negeri Diramal Hujan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan lima negeri sehingga jam 5 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Pahang, Selangor dan Johor dijangka hujan sementara seluruh kawasan Negeri Sembilan dan Melaka pula diramal hujan.

“Di Pahang, hanya daerah Bentong diramal hujan petang ini. Manakala di Selangor pula melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Beralih Johor, beberapa kawasan diramal hujan petang ini melibatkan daerah Tangkak, Segamat dan Muar,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02NNs6GyxzmW82zs2oxRQpue14oebk85DKZ26rvBuVMRgFNvyfoSuTkLTZ3Ga9XFJ6l