Hujan Lebat Diramal Di 10 Negeri Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
24 Apr 2026 • 4:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di 10 negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Melaka dan Johor.

Selain itu, ia juga membabitkan daerah di Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi Pulau Pinang, amaran hujan lebat itu dijangka di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Manakala di Perak pula, daerah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim turut termasuk dalam amaran itu.

Baca juga:

Begitu juga dengan beberapa kawasan di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Bagi negeri Selangor, hujan lebat diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan pula, hujan diramal berlaku di daerah Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Beralih ke Sarawak, ia membabitkan daerah Sri Aman dan Sibu (Sibu dan Selangau). Manakala di Sabah pula di Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

image is not available
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved