
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 9 Negeri, 2 Wilayah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 9 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 12 tengah malam ini.
Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, seluruh kawasan di Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.
"Di Kelantan, pula melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Sementara di Terengganu daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu diramal hujan malam ini.
"Di Pahang pula, kawasan yang diramal hujan adalah Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.
"Beralih ke Selangor, beberapa kawasan diramal hujan antaranya Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
"Di Negeri Sembilan pula, beberapa kawasan diramal hujan seperti Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
"Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Betong (Pusa dan Betong)," maklum kenyataan itu.
Baca juga:
Dakwaan Simpan Duit Songlap Di Afrika Fitnah, Sila Kemuka Bukti - PM
(Video) “Hujan Batu, Hujan Batu…” Orang Ramai Cemas Hujan Batu & Ribut Melanda Shah Alam Sebentar Tadi
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.





