Hujan lebat, dua rumah terjejas tanah runtuh di Lembah Jaya Utara

4 Dec 2025 • 8:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 DIS: Dua buah rumah terjejas akibat tanah runtuh dalam kejadian di Lot 125 Jalan Khalid Al Walid Kampung Bukit Sungai Putih, Lembah Jaya Utara, Ampang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam.

“Laporan komander mendapati berlaku runtuhan tanah sepanjang kira-kira 40 kaki yang menghempap bumbung dua rumah setingkat,” katanya.

JBPM memaklumkan insiden berkenaan tidak melibatkan mangsa dan keadaan berjaya dikawal.

Operasi diketuai PBK II KUP Yusni Yusof dengan kekuatan tujuh anggota menggunakan satu jentera LFRT dan satu unit EMRS.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved