Hujan turun, baru rasa semua penat

Health & Fitness
15 Jan 2026 • 4:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Hujan turun, baru rasa semua penat
Gambar: Public Health M'sia

Ada satu keadaan yang ramai rasa bila hujan turun. Langit gelap, bunyi hujan kuat di luar, rumah tiba-tiba senyap, dan baru waktu itu badan rasa lenguh satu satu. Tengkuk berat, pinggang rasa tegang, kepala rasa sendat, mata mula layu.

Siang tadi kita bergerak tanpa berhenti.

Fikir kerja, fikir rumah, fikir orang yang kita sayang.

Banyak benda kita paksa diri hadap tanpa sempat rasa penat.

Bila hujan datang dan dunia perlahan, barulah tubuh ambil peluang tunjuk semua letih yang disimpan.

Ini juga bahagian daripada kesihatan.

Bila badan hanya berani “mengaku penat” waktu hujan, itu tanda hari hari biasa kita terlalu padat.

Bukan manja, bukan lemah.

Cuma tubuh sudah lama bertahan, dan bunyi hujan bagi signal untuk akhirnya melepaskan sedikit beban.

Kalau setiap kali hujan badan rasa jatuh, itu bukan salah hujan. Itu tanda badan perlukan lebih banyak masa perlahan, bukan hanya bila awan gelap, tetapi juga pada hari biasa yang nampak cerah.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.