Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan, perlu ikut tatacara – Fadhlina

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 3:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan, perlu ikut tatacara – Fadhlina

SHAH ALAM, 5 OKT: Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan dan masih dibenarkan terhadap murid lelaki bagi kesalahan tertentu, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata pelaksanaan hukuman itu bagaimanapun perlu mengikut tatacara ditetapkan, selain hanya boleh dilakukan guru besar, pengetua atau guru yang diberi kuasa secara nyata oleh pihak berkenaan, lapor Berita Harian.

"Satu lagi perkara yang berulang kali dibangkitkan supaya hukuman rotan dikembalikan.

"Jadi saya mahu jelaskan, hukuman rotan di sekolah tidak pernah dimansuhkan.

"(Namun) Hukuman tidak boleh dilakukan sesuka hati, tidak boleh dilakukan kerana marah dan tidak boleh sehingga mendatangkan kecederaan.

"Setiap hukuman perlu mempunyai asas yang jelas dan direkodkan mengikut ketetapan yang berkuat kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini. Beliau mengulas perkembangan kes kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang dipercayai dibunuh.

Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperincikan tatacara pelaksanaan hukuman rotan bagi memastikan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas perkara yang dibenarkan serta tidak dibenarkan.

"KPM, dari semasa ke semasa kita akan memperincikan semua tata cara ini supaya sekolah, ibu bapa dan masyarakat memahami dengan jelas apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved