Hutan bukit 2.8 hektar terbakar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 9:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hutan bukit 2.8 hektar terbakar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam
Tulaf foto kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin.

SHAH ALAM - Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini berjaya dikawal daripada merebak.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari Isnin sebelum jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.

"Kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang struktur atau mangsa.

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan firebeater, pam air jentera serta sumber air daripada pili bomba milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tangki air," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Ashrul Riezal, kira-kira 60 peratus kawasan terbakar sudah dipadamkan setakat ini, manakala pasukan bomba turut melakukan fire break bagi menghalang api daripada merebak ke kawasan lain.

"Operasi membabitkan seramai 10 anggota bomba dan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman termasuk memadam spot api yang masih ada di lokasi.

"Operasi pemadaman masih berlangsung oleh pasukan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam," tambah beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved