Hyrox Mohon Maaf Selepas Atlet Cirit-Birit Dan Teruskan Perlumbaan

15 Sep 2026 • 3:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hyrox Mohon Maaf Selepas Atlet Cirit-Birit Dan Teruskan Perlumbaan

Francais perlumbaan kecergasan Hyrox memohon maaf selepas menerima kecaman susulan keputusan membenarkan seorang atlet meneruskan pertandingan di Beijing walaupun mengalami masalah membuang air besar di tengah-tengah perlumbaan.

Kejadian itu berlaku ketika pertandingan Hyrox di ibu negara China pada 12 September lalu, apabila atlet Australia, Joanna Wietrzyk, dilaporkan meneruskan perlumbaan meskipun kakinya dan kasutnya tercemar.

Foto serta video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan Wietrzyk terus menggunakan tikar dan peralatan pertandingan sebelum menamatkan perlumbaan.

Menurut laman web Hyrox, atlet berkenaan berjaya menamatkan pertandingan dan muncul sebagai pemenang.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial yang mempersoalkan aspek kebersihan serta keselamatan peserta lain yang terpaksa menggunakan tikar, pemegang peralatan dan laluan larian sama selepas digunakan atlet terbabit.

“Kenapa mereka tidak memikirkan kesihatan peserta lain dan orang awam?” soal seorang pengguna di platform media sosial China, Weibo.

Seorang lagi pengguna menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar, sambil mendakwa atlet berkenaan mengalami cirit-birit, mencemarkan laluan pertandingan dan masih dibenarkan memenangi perlumbaan.

Hyrox Akui Kesilapan

Susulan kontroversi yang semakin hangat, pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste, tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan akibat kejadian tersebut.

Dalam kenyataan pada 14 September, beliau mengakui Hyrox melakukan kesilapan kerana gagal bertindak segera ketika insiden berlaku.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan secara langsung atau tidak langsung, serta kepada mereka yang merasakan kami tidak mengendalikan situasi ini seperti yang sepatutnya.

“Hyrox melakukan kesilapan kerana tidak bertindak segera ketika perlumbaan,” katanya.

Menurut Furste, beliau bertanggungjawab atas kegagalan pihak penganjur menjangka situasi berkenaan dan memaklumkan bahawa beberapa peraturan serta prosedur baharu telah diperkenalkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Baca juga:

Sementara itu, Hyrox China dalam kenyataan terdahulu mengakui terdapat kelemahan dalam peraturan sedia ada yang menyebabkan hakim tidak dapat campur tangan dengan segera ketika pertandingan berlangsung.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved