Hyundai Melancarkan Dua Kenderaan Elektrik Khusus Untuk India

TechnologyDigitalCars
4 Feb 2025 • 4:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Evolusi kenderaan adalah berbeza mengikut di mana ia dicipta. K-Car di Jepun wujud kerana keperluan kenderaan kompak yang boleh digunakan di atas jalan raya yang sempit. Muscle Car pula wujud di Amerika Syarikat untuk perjalanan jauh di atas jalan raya yang 90% lurus. Di India auto rickshaw ialah teksi bermotor yang digunakan di bandaraya utama sebagai mod pengangkutan awam tetapi ia menyumbang kepada pencemaran udara.

image is not available

Oleh itu Hyundai melancarkan dua kenderaan elektrik konsep khusus untuk pasaran India bagi menangani masalah ini. Kedua-duanya mempunyai rekaan kompak dengan kemampuan membawa sehingga empat orang penumpang. Ia mempunyai sistem suspensi yang boleh dilaras untuk menjadi lebih tinggi untuk mengharungi kawasan banjir.

image is not available

Kabin yang terbuka pula membolehkan udara segak menyejukkan penumpang tanpa memerlukan sistem penyaman udara. Hyundai bekerjasama dengan TVS Motor sebuah firma tempatan untuk menghasilkan dua konsep EV khusus untuk India ini. Pada waktu ini mereka hanya bercadang menawarkan versi tiga tayar terlebih dahulu sebagai pengganti auto rickshaw yang tidak mencemarkan udara.