Pelakon, Farah Wahida Zainuddin merupakan antara 17 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di empat negeri atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu melibatkan insentif Program Daya Kerjaya 2.0 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Kesemua sembilan lelaki dan lapan wanita terbabit mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa dilakukan sepanjang tahun 2024 di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Farah Wahida Berdepan Empat Pertuduhan
Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Farah Wahida, 44, didakwa atas empat pertuduhan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Sebagai Pengarah Focal Reality Entertainment Sdn Bhd, dia didakwa menyerahkan Borang Pengesahan Pekerja Daya Kerjaya 2.0 yang mengandungi maklumat palsu kepada ejen PERKESO bagi tujuan permohonan tuntutan insentif.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Off Jalan Gombak pada 29 dan 30 Mac 2024.

Turut didakwa ialah rakannya, Mohd Nizam Jamaluddin, 45, yang berdepan empat pertuduhan kerana didakwa bersubahat melakukan kesalahan sama.
Dibenar Ikat Jamin
Mahkamah membenarkan Farah Wahida diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, manakala Mohd Nizam dibenarkan ikat jamin RM6,000.
Selain itu, kedua-dua tertuduh diarahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Mengaku Rocky Tiada Lesen Tapi....." - Pemilik Anjing Mohon Siasatan Telus, Dakwa Ada Merayu Jerutan Dilepaskan
The post Pelakon Wanita Didakwa Cuba Buat Tuntutan Palsu Insentif PERKESO, Mengaku Tak Bersalah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






