Pelajar mangsa buli bunuh datuk, nenek sebelum serang sekolah

7 Aug 2026 • 7:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar mangsa buli bunuh datuk, nenek sebelum serang sekolah

BANGKOK – Seorang budak lelaki berusia 14 tahun di Thailand, yang disifatkan sebagai ‘bermasalah’  dan ‘dibuli’ oleh rakan sekelas bertindak  membunuh datuk dan neneknya sebelum menembak mati lima lagi mangsa di sebuah sekolah hari ini, kata polis.

“Mula-mula dia menembak mati kedua-dua datuk dan neneknya, menggunakan pistol datuknya, kemudian dia pergi ke sebuah sekolah menengah di wilayah Nonthaburi, bersempadan dengan Bangkok dan membunuh lima kakitangan sekolah,” kata polis Thai dalam satu kenyataan.

Suspek berumur  14 tahun itu juga maut, kata kenyataan itu, dengan seorang pegawai polis memberitahu AFP bahawa  suspek mengambil nyawanya sendiri.

Berpuluh-puluh anggota polis dan penyelamat berkumpul di luar Sekolah Debsirin Nonthaburi yang dikepung, lapor wartawan AFP, manakala ibu bapa menunggu untuk menjemput anak-anak mereka serta kakitangan yang menangis sambil menenangkan antara satu sama lain.

“Saya takut saya akan mati dan saya takut saya tidak akan dapat mengejar impian saya,” kata, pelajar tingkatan 5 (gred 12) yang berharap untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah perubatan, Pawarisa Maylissa.

“Saya mendengar bunyi tembakan dengan sangat kuat kerana nampaknya suspek berada di tingkat tepat di atas tingkat kami,” tambahnya kepada AFP.

Perdana Menteri Anutin Charnvirakul memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa “polis menyoal siasat sahabat karibnya yang mengatakan bahawa  suspek berada di bawah tekanan berkaitan persekolahannya.

“Tindakannya juga menunjukkan bahawa dia telah merancang dengan teliti serangan ini, kata Anutin.

Menurutnya,  lebih 30 orang cedera, dengan kira-kira sembilan dalam keadaan kritikal. – AFP

 

The post Pelajar mangsa buli bunuh datuk, nenek sebelum serang sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved