“Ia hanya lagu” – RM BTS Enggan Minta Maaf Isu Kongsi Lagu Kontroversi Hina Islam

Entertainment
1 Sep 2023 • 3:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ahli kumpulan k-pop terkenal, RM BTS tidak lama dulu terpalit dengan sebuah kontroversi apabila dia dikatakan telah berkongsi sebuah lagu yang menghina Islam di Instagram peribadi miliknya.

Lagu nyanyian Frank Ocean bertajuk Bad Religion itu telah menjadi perdebatan hangat netizen kerana ia mengandungi lirik yang penuh kontroversi dan dilabel sebagai Islamofobia.

Sebaik sahaja RM memuat naik lagu berkenaan di media sosialnya, ramai yang menyelar ahli kumpulan k-pop itu sebagai ‘Islamofobik’.

image is not available

“Ia hanya sebuah lagu”

Menurut Allkpop, tidak mahu isu itu terus berlanjutan, RM memilih untuk menjawab mengenai hal tersebut menerusi satu sesi live Weverse pada 30 Ogos lepas.

Korang, saya tahu mengenai apa yang korang semua katakan, dan korang asyik mengatakan yang saya telah menghina sebuah agama. Saya tidak melakukannya. Saya tiada niat atau sebab untuk menghina satu agama.

“Saya hormati setiap kepercayaan dan agama. Itu sahaja yang boleh saya katanya. Tolonglah jangan. Saya tahu apa yang terjadi di Instagram saya, saya boleh nampak,” kata RM.

Tambahnya lagi, dia tidak mempunyai satu peratus niat pun di hatinya untuk mengutuk mana-mana agama. Baginya ia hanya sebuah lagu dan dia tidak akan meminta maaf akan hal tersebut.

Ia hanya sebuah lagu. Saya takkan meminta maaf. Saya cuma katakannya. Saya mempunyai kehendak sendiri, saya sudah berusia 30 tahun.

“Saya boleh nyatakan pendirian saya. Tolong percayakan kata-kata saya. Bukannya mengagak, berpura-pura dan mengandaikan saja, okey?”

Apa pendapat korang tentang isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.