Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Untuk Tuntut Bantuan Awal Persekolahan RM200 – PM

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 6:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Untuk Tuntut Bantuan Awal Persekolahan RM200 – PM

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada Oktober lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Bantuan Awal Persekilahan (BAP) bakal dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2027.

BAP perlu diserahkan di sekolah dan dihadiri oleh ibu bapa

Terbaharu beliau menegaskan pemberian BAP yang akan diberikan kepada semua murid pada tahun hadapan itu perlu diserahkan di sekolah.

Malah ia ibu bapa turut perlu hadir untuk mengambil bantuan berkenaan.

Mahu ibu bapa mainkan peranan dalam pendidikan anak

Jelas Anwar, langkah berkenaan dilakukan bertujuan untuk memastikan para ibu bapa juga memainkan peranan dalam pendidikan anak mereka.

Bukan hanya itu, ia juga memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali sekolah termasuk bertemu dengan guru yang mendidik anak-anak mereka.

Menurut beliau lagi, pemberian BAP tersebut tidak seharusnya diserahkan di rumah, sebaliknya ibu bapa hendaklah hadir ke sekolah untuk membolehkan interaksi secara langsung di antara mereka bersama pihak sekolah.

BAP tak diberikan jika ibu bapa tak datang

Malah beliau turut menegaskan sekiranya ibu bapa tidak hadir maka wang tersebut tidak diberikan.

“Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita tak serah wang itu ke rumah kerana kita nak ibu bapa itu tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat.

“Dia harus tahu bahawa yang membantu mendidik anak-anak mereka itu ialah para guru dan kalau tak datang ke sekolah, (Menteri Pendidikan, Datuk Seri) Fadhlina (Sidek), jangan bagi wang itu,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Sekolah boleh adakan program khas untuk serahkan BAP

Anwar dalam ucapan itu turut memaklumkan bahawa pihak sekolah juga boleh mengadakan program khas untuk membolehkan guru, murid serta ibu bapa berjumpa sewaktu penyerahan BAP tersebut.

Tambah beliau lagi, pertemuan yang dilakukan itu adalah penting ini kerana ia membolehka para guru untuk berkongsi atau memaklumkan sebarang perkembangan dan juga tingkah laku anak-anak di sekolah kepada ibu bapa.

PM sifatkan tanggungjawab mendidik tak boleh serah dekat pihak sekolah sahaja, ibu bapa perlu mainkan peranan

Ujar Perdana Menteri, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Sebaliknya ibu bapa juga ada peranan yang besar dalam membentuk disiplin serta sahsiah pelajar.

“Jangan diserahkan semua kepada sekolah. Ibu bapa juga harus ditegur demi tanggungjawab.”

Beliau turut menyifatkan pendidikan bukan hanya untuk meningkatkan kepintaran serta penguasaan ilmu. Akan tetapi pendidikan juga membentuk manusia menjadi individu yang:

  • Mempunyai akhlak
  • Disiplin
  • Keperibadian baik
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved