Ibu bapa tidak puas hati pelajar sunting gambar anak jadi bahan lucah ‘terlepas’

LocalTechnology
17 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu bapa tidak puas hati pelajar sunting gambar anak jadi bahan lucah ‘terlepas’

SEREMBAN – Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah lima pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lima laporan itu diterima Balai Polis Jalan Campbell antara 20 hingga 23 Ogos lalu, membabitkan mangsa berusia 14 hingga 17 tahun.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTKK 2017) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, ibu bapa atau penjaga mangsa bagaimanapun tidak berpuas hati berhubung tindakan terhadap suspek sehingga mengadakan sidang media kerana mendakwa tiada tindakan dikenakan terhadap pelajar terbabit.

“Dalam kes ini, suspek yang merupakan pelajar tingkatan lima telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah iaitu digantung persekolahan bermula 24 hingga 28 Ogos lalu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, setakat ini, polis telah memanggil lima saksi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan selanjutnya. – KOSMO ! ONLINE

The post Ibu bapa tidak puas hati pelajar sunting gambar anak jadi bahan lucah ‘terlepas’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved