Ibu Dedah Terputus Hubungan Sejak Sebulan Lalu Sebelum Anak Sulung Ditemui M*ut

9 Oct 2026 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 12

Hasrat sebuah keluarga untuk bertemu semula dengan anak sulung mereka yang terputus hubungan sejak sebulan lalu berkecai apabila remaja berkenaan ditemui maut dipercayai dibunuh di Jalan Harvard, Gurun, Kedah hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Haikal Mohd Shahrilnizam, 18, ditemui oleh orang awam sekitar jam 8 pagi di dalam semak berhampiran lokasi kejadian dengan kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala.

Ibu mangsa, Azura Zor, 41, meluahkan rasa terkejut apabila kehadiran pihak polis di kediamannya di Guar Chempedak bukanlah untuk menahan anaknya seperti yang disangka pada mulanya, sebaliknya membawa perkhabaran duka.

Artikel berkaitan: “Dah beritahu tak payah pergi, tapi mereka berdua beria-ia nak pergi juga” – Ibu 3 Beradik M*ut Kemalangan

Artikel berkaitan: “Suspek sendiri hubungi polis” – Pelajar 19 Tahun Ditemui M*ut Di Bilik Sewa

Menurut Azura, dia diminta oleh pihak polis untuk membuat pengecaman menerusi sekeping gambar sebelum mengesahkan identiti mayat remaja berkenaan.

“Saya tak tahu anak saya itu tinggal di mana. Saya pernah cuba menghubunginya atau menghantar kiriman WhatsApp namun tiada jawapan.

Kami cuba mencarinya namun tidak jumpa sehinggalah polis datang memaklumkan perkara itu. Polis beritahu anak saya ditemui terbaring di tepi jalan di lokasi kejadian pagi tadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Azura memberitahu hubungan mereka sekeluarga dengan arwah tidak mempunyai sebarang masalah. Arwah yang pernah bekerja di sebuah kedai roti canai di Guar Chempedak itu disifatkan sebagai seorang yang penyayang dan suka bergurau dengan adik-adiknya.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka mula terputus selepas remaja berkenaan mengambil keputusan keluar dari rumah sejak bulan lalu.

Satu kejadian aneh turut berlaku sebelum penemuan mayat tersebut apabila suaminya, Mohd Shahrilnizam Che Sharif, 41, pernah menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang meminta wang tunai RM200. Mereka mempercayai mesej berkenaan mungkin dihantar oleh kenalan arwah, namun tidak mengetahui motif sebenar di sebalik permintaan itu.

Tuntutan keadilan kini menjadi harapan tunggal buat keluarga mangsa agar pihak berkuasa dapat menangkap individu yang bertanggungjawab.

“Kalau betul anak saya dibunuh, saya harap tindakan setimpal dikenakan terhadap pelakunya,” tegas Azura sebak.

Suasana pilu menyelubungi bilik mayat Jabatan Forensik HSB apabila ahli keluarga, terutamanya adik lelaki kedua mangsa yang masih berpakaian sekolah, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat jenazah abangnya.

Urusan bedah siasat selesai sekitar jam 5.45 petang dan jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak malam ini di Tanah Perkuburan Islam Guar Chempedak.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved