Angka korban nahas jalan raya di Kunak meningkat kepada empat

28 Aug 2026 • 3:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Angka korban nahas jalan raya di Kunak meningkat kepada empat

KUNAK: Seorang lagi mangsa kemalangan di Jalan Kunak – Semporna, Selasa lalu meninggal dunia ketika menerima rawatan pada Rabu, menjadikan angka korban meningkat kepada empat orang.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Rejali Angong berkata mangsa terbaru itu adalah seorang lelaki berumur 32 tahun yang juga penumpang kenderaan.

Beliau berkata mangsa menerima rawatan intensif di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau akibat kecederaan serius yang dialami dalam kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaannya kemudiannya merosot sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada Rabu.

Rejali berkata sebelum ini tiga orang terkorban di tempat kejadian apabila Perodua Viva yang mereka naiki terbabas di KM7 Jalan Kunak-Semporna pada petang Selasa.

Mangsa maut termasuk pemandu lelaki berusia 39 tahun, penumpang perempuan berumur 52 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan, 8 tahun manakala dua lagi penumpang kanak-kanak mengalami cedera ringan.

“Enam orang termasuk pemandu menaiki kenderaan tersebut yang hilang kawalan lalu terbabas menyebabkan ada penumpangnya tercampak keluar,” katanya.

Kenderaan itu dalam perjalanan dari Kalabakan menuju ke Kg Sungai Langgas, di Kunak ketika kejadian.

Rejali mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan berhati-hati dalam pemanduan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved