Ibu mentua Dollah meninggal dunia

19 Sep 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu mentua Dollah meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur City kehilangan khidmat pengendalinya, Datuk Dollah Salleh yang terpaksa meninggalkan pasukan selepas menerima khabar duka kerana kematian ibu mentuanya.

Penolong jurulatih, Ishak Kunju akan menggalas tanggungjawab itu bagi memimpin pasukan bertemu DPMM FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam ini,

“Kuala Lumpur City FC merakamkan ucapan takziah kepada Ketua Jurulatih, Datuk Dollah Salleh, atas pemergian ibu mentua tercinta yang telah kembali ke rahmatullah.

“Datuk Dollah Salleh yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi persiapan berlepas ke Brunei, telah bergegas ke Johor Bahru bagi urusan pengebumian dan penghormatan terakhir,” menurut kenyataan rasmi The City Boys.

KL City layak ke suku akhir selepas mengatasi Perak FA 1-0 secara agregat di pusingan 16 terbaik.

“Bagi memastikan persediaan pasukan tidak terjejas, Penolong Ketua Jurulatih, Ishak Kunju, dipertanggungjawabkan untuk mengalas tugas sebagai pemangku Ketua Jurulatih bagi mengemudi pasukan dalam perlawanan Piala FA Malaysia 2026 menentang DPMM FC di Bandar Seri Begawan, Brunei.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh allahyarhamah dilimpahi rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga Datuk Dollah Salleh sekeluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ibu mentua Dollah meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved