SHAH ALAM – Ibu mentua bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Jamaliah Ngah meninggal dunia pada Selasa.
Perkembangan itu dikongsikan Ismail menerusi hantaran di Facebooknya yang memaklumkan ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.30 pagi.
"Kehilangan ini amat dirasai oleh kami sekeluarga atas pemergian ibu mentua saya yang tercinta.
"Allahyarhamah begitu dekat di hati kami sekeluarga. Keperibadiannya yang lembut serta senyuman yang sentiasa terukir di wajahnya akan sentiasa terpahat sebagai kenangan indah buat kami semua.
"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh," katanya.
Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Kariah, Batu 10 Cheras, Selangor.


