Ibu pelajar tingkatan empat maut mahu saman kerajaan, keluarga suspek

LocalPolitics
3 Oct 2026 • 9:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ibu pelajar tingkatan empat maut mahu saman kerajaan, keluarga suspek

KUALA LUMPUR – Ibu pelajar tingkatan empat yang maut pada 14 Oktober tahun lalu, telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa agensi kerajaan, ibu bapa suspek yang mengakibatkan kematian anaknya Yap Shing Xuen di sebuah sekolah di Damansara.

Tindakan undang-undang itu difailkan pada 1 Oktober lalu menerusi Tetuan Surendra Ananth, dengan menamakan beberapa agensi kerajaan, ibu bapa kepada remaja lelaki yang membunuh Shing Xuen, serta remaja lelaki terbabit sebagai defendan.

Menurutnya, keluarga percaya tragedi menimpa Shing Xuen boleh dielakkan sekiranya pihak berkaitan mengambil langkah sewajarnya, khususnya dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar.

“Ini bukan soal dendam. Ia adalah untuk memastikan pihak yang berkenaan dipertanggungjawabkan supaya kejadian sebegini tidak berulang kepada mana-mana kanak-kanak lain,” katanya.

Beliau mendakwa agensi kerajaan yang dinamakan sebagai defendan telah gagal mengambil langkah pencegahan yang mencukupi bagi menangani isu kesihatan mental di sekolah sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Ibu mangsa turut memaklumkan bahawa saman itu menamakan ibu bapa remaja terbabit sebagai defendan dengan mendakwa terdapat tanda amaran awal, selain ibu bapa mempunyai tanggungjawab memastikan anak-anak mereka tidak mencederakan orang lain.

Remaja lelaki terbabit turut dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.

Oktober tahun lalu seorang remaja lelaki menikam mati seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di tandas sekolah dengan 180 kesan tikaman tidak membawa kepada sabitan membunuh selepas Mahkamah Tinggi mendapati tertuduh tidak waras ketika kejadian.

Sebaliknya, remaja berusia 15 tahun itu diarahkan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak berkuat kuasa hari ini sehingga mendapat pengampunan daripada Sultan Selangor.

 

The post Ibu pelajar tingkatan empat maut mahu saman kerajaan, keluarga suspek appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved