
BATU PAHAT: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah di Yong Peng, di sini ditemukan mati disyaki dibunuh di dalam kawasan sebuah sekolah menengah.
Mayat pelajar yang berusia 16 tahun itu ditemukan tidak bernyawa di dalam dewan sekolah berkenaan, petang semalam.
Menurut sumber, mangsa dipercayai tinggal bersama neneknya di daerah ini, manakala kedua ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.
“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menghadiri kelas tambahan di sekolahnya. Berita kehilangan mangsa itu disedari neneknya selepas rakan mangsa bertanya sama ada mangsa berada di rumah atau tidak pada tengah hari tadi.
“Selepas menyedari mangsa tiada di rumah, neneknya bergegas ke sekolah dan menemui mangsa sudah terbaring dalam keadaan lemah. Mangsa ditemukan terbaring dengan kesan darah sudah kering, ada kesan lebam seperti dipukul,” menurut sumber berkenaan.
Tambahnya, ketika ditemukan, mangsa masih sedarkan diri sebelum pengsan tidak lama kemudian.-UTUSAN
The post Pelajar perempuan ditemukan maut dipercayai dibunuh di kawasan sekolah appeared first on Utusan Malaysia.






