Ibu Tunggal Dakwa Anak Autisme Dihalang Hadir Ke Sekolah, Dicutikan Sejak 21 November Lalu

LocalFamily & Parenting
8 Dec 2025 • 12:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang jelas.

Elinoisna Abu, 47, berkata anaknya yang cemerlang dalam akademik dan sukan, termasuk memenangi anugerah Olahragawati dan Atlit Terbaik sekolah 2025, telah dicutikan sejak 21 November lalu selepas dilaporkan mengalami tantrum di kelas Tahun Lima pada 20 November.

Menurut Elinoisna, puterinya didakwa mencederakan seorang murid perempuan berusia 11 tahun, namun tiada bukti kukuh dikemukakan.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Tiada murid cedera kerana Solehah Azzahra ditenangkan rakan-rakannya sepanjang kejadian. Hanya pakaian murid itu terkoyak,” katanya.

Artikel lain: Bawa Anak Autisme Ke Pameran Kereta.. Ibu Lempar Kerusi, Sumbat Botol Dalam Ekzos Sebab Bising

Elinoisna berkata, pihak sekolah juga mengenakan syarat supaya anaknya hanya dibenarkan ke sekolah jika diiringi sepanjang hari, malah ibu bapa murid lain mengugut untuk membuat laporan polis beramai-ramai.

“Anak saya menanggung tekanan emosi yang besar. Sepanjang tiga tahun bersekolah, dia tidak pernah agresif dan disayangi rakan-rakan. Sepatutnya pihak sekolah membantu, bukan menghalang,” ujarnya.

Beliau telah membuat laporan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), yang memaklumkan anaknya tidak sepatutnya dihalang daripada bersekolah.

image is not available

Solehah Azzahra kemudiannya kembali ke sekolah pada 4 Disember, walaupun pihak sekolah menuntut surat akujanji bahawa risiko menjadi tanggungannya sendiri, yang enggan ditandatangani.

Beliau turut membuat laporan polis pada 5 Disember bagi mempertahankan tindakan itu.

Elinoisna, yang juga pesakit kanser tahap tiga, berharap agar puterinya dapat menghadiri sekolah sehingga tamat Tahun Enam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin berkata pihaknya akan menyemak perkara ini bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass

The post Ibu Tunggal Dakwa Anak Autisme Dihalang Hadir Ke Sekolah, Dicutikan Sejak 21 November Lalu appeared first on Borak Daily.