iCaur Rasmi Model 03 CKD Dari Shah Alam

LocalCars
20 May 2026 • 3:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

iCaur Rasmi Model 03 CKD Dari Shah Alam

iCaur Rasmi Model 03 CKD Dari Shah Alam

iCAUR Malaysia mengotakan komitmen mereka apabila telah berjaya mengeluarkan model iCAUR 03 versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Chery di Shah Alam.

Pengarah Kanan iCAUR Malaysia, Francis Chin berkata,"Bergerak ke fasa pemasangan tempatan adalah langkah yang sangat bermakna kami.

"Ia turut membawa kebanggan negara bersama teknologi global serta berjaya menepati permintaan pelanggan yang sudah jatuh cinta dengan iCaur 03.

"Pemasangan tempatan ini juga mengekalkan standard spesifikasi, kejuruteraan dan watak Born To Playyang dinikmati pengguna untuk model CBU," tambah Francis.

Baca juga:

iCaur 03 CKD: 8 Tahun Waranti Bateri

Harga jualan jualan untuk model CKD ini adalah RM129,880 tanpa insurans dan hanya tersedia untuk varian iWD sahaja buat masa ini.

iCaur 03 ini juga datang dengan pakej 7kW AC Home Charger dan servis percuma untuk dua tahun atau 45,000km (mana satu sampai dahulu.)

Untuk waranti, 03 juga kekal dengan 7 tahun atau 150,000km dan 8 tahun atau 160,000km untuk waranti bateri dan unit pemanduan elektrik.

Jika kesihatan bateri turun bawah 70% dalam tempoh waranti, penukaran bateri percuma akan diberikan.