ICE belanja RM8 juta beli anjing robot

TechnologyDigital
30 Aug 2026 • 11:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ICE belanja RM8 juta beli anjing robot

WASHINGTON: Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) merancang membelanjakan sehingga AS$2 juta (RM8 juta) untuk membeli anjing robot.

Menurut notis perolehan kerajaan persekutuan, anjing robot SPOT keluaran Boston Dynamics itu akan digunakan bagi menyokong operasi keselamatan awam dan penguatkuasaan undang-undang.

Notis berkenaan menyatakan robot itu boleh dikendalikan dari jarak jauh untuk menjalankan pemeriksaan, memantau situasi serta penilaian bahaya dalam persekitaran yang mungkin menimbulkan risiko kepada anggota penguatkuasa.

Teknologi itu juga turut digunakan oleh Perkhidmatan Rahsia. Pada 2024, anjing robot Boston Dynamics dilihat melakukan rondaan di Mar-a-Lago dalam beberapa video media sosial yang tular.

Anjing robot itu dilengkapi kamera 360 darjah dan mampu membuka pintu, selain turut digunakan oleh jabatan polis di seluruh AS.

Walaupun robot berkenaan tidak boleh menyerang seperti anjing polis biasa, ia dilengkapi lengan yang boleh dipanjangkan.

Notis perolehan itu berkata, penggunaan anjing robot tersebut akan membantu operasi kawalan sempadan serta keselamatan infrastruktur.

Notis perolehan anjing robot itu dikeluarkan selepas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) meluluskan peruntukan AS$16 juta (RM64 juta) kepada ICE untuk membeli sarung tangan elektrik bagi kegunaan anggotanya di seluruh negara.

“Keupayaan ini membantu meningkatkan keselamatan anggota penguatkuasa, menyokong proses membuat keputusan operasi berdasarkan maklumat serta memperkukuh keupayaan DHS untuk bertindak balas terhadap insiden di kawasan bahaya, sempit atau sukar diakses,” menurut notis berkenaan.- AGENSI

 

The post ICE belanja RM8 juta beli anjing robot appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved