IHH Healthcare dilaporkan berminat beli aset hospital TPG di Malaysia

LocalBusiness & Finance
14 Oct 2026 • 4:46 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

IHH Healthcare dilaporkan berminat beli aset hospital TPG di Malaysia Image from: IHH Healthcare dilaporkan berminat beli aset hospital TPG di Malaysia sarah14/10/2026 - 16:46 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 14 Okt - IHH Healthcare Bhd dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menyertai persaingan bagi mengambil alih aset hospital di Malaysia yang ingin dijual oleh TPG Inc, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.

 

Menurut laporan Bloomberg, aset tersebut turut mendapatkan minat daripada pembida berpotensi lain termasuk Warburg Pincus. Mereka bakal bersaing dengan firma ekuiti persendirian Blackstone Inc, EQT AB dan KKR & Co yang turut mempertimbangkan tawaran bagi aset milik Asia OneHealthcare Sdn Bhd, syarikat yang disokong TPG.

 

Tambah sumber itu, tawaran pusingan pertama dijangka dikemukakan menjelang akhir bulan ini, dengan nilai aset berkenaan dianggarkan antara AS$6 bilion hingga AS$8 bilion (kira-kira RM24.5 bilion hingga RM32.7 bilion).

 

Asia OneHealthcare turut mengendalikan beberapa kemudahan perubatan di Indonesia dan Vietnam, menurut laman web syarikat itu.

 

Dalam perkembangan berkaitan, TPG turut mempertimbangkan penyenaraian perniagaan hospitalnya di Malaysia sebagai sebahagian daripada proses dua hala, yang membolehkan syarikat menilai penjualan aset dan penawaran awam permulaan (IPO) secara serentak.

 

Sebelum ini agensi berita antarabangsa itu turut melaporkan bulan lalu bahawa TPG telah memfailkan permohonan IPO di Kuala Lumpur secara sulit, yang berpotensi mengumpulkan sehingga RM10 bilion. Jika berjaya, ia bakal menjadi IPO terbesar di Malaysia dalam tempoh lebih sedekad.

 

Bagaimanapun, sumber berkata perbincangan masih berlangsung dan belum ada kepastian sama ada ia akan menghasilkan sebarang urus niaga. Wakil Blackstone, EQT, IHH, KKR, TPG dan Warburg Pincus enggan mengulas, manakala jurucakap Asia OneHealthcare tidak memberikan maklum balas terhadap pertanyaan.

 

TPG dan Hong Leong Group membeli Asia OneHealthcare, yang sebelum ini dikenali sebagai Columbia Asia Healthcare, pada 2019. Syarikat itu menggunakan nama semasa pada 2024 selepas menyatukan asetnya dan mengambil alih usaha sama antara Sime Darby Bhd dengan pengendali hospital swasta Australia, Ramsay Health Care Ltd.

 

Pemegang kepentingan lain dalam Asia OneHealthcare termasuk Abu Dhabi Investment Authority dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).- DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved