ILMUchat Turut Akan Ditawarkan Melalui Sistem Inforia Proton

Cars
12 Aug 2025 • 2:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YTL hari ini berkongsi mengatakan bakal memperkenalkan ILMUchat secara rasminya pada 16 September 2025 kelak, sekaligus memberikan alternatif kepada pengguna tempatan perkhidmatan seumpama ChatGPT, tetapi dibangunkan sepenuhnya di Malaysia.

image is not available

ILMUchat akan ditawarkan melalui web dan aplikasi mudah-alih, membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai perkara dan mendapatkan jawapan terus melaluinya – lebih kurang seperti ChatGPT. Tidak setakat pada peranti mudah-alih, YTL turut berkongsi mengatakan ILMUchat turut akan diintegrasikan melalui sistem inforia Proton, bermula Proton X50 yang baharu.

image is not available

Dengan integrasi berkenaan, pengguna boleh bertanyakan pelbagai perkara ketika sedang memandu atau dalam kenderaan. Buat masa ini, tarikh pengenalannya tidak dinyatakan lagi. Melalui demo yang dipertontonkan hari ini, YTL turut memperlihatkan keupayaan berinteraksi secara suara melalui ILMUchat ini, selain kemampuan memberikan informasi berasaskan konteks lokasi semasa.

ILMUchat dijangka ditawarkan melalui kemaskini kepada sistem inforia sedia ada. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan penawarannya.