Imam muda masjid maut kemalangan

22 Oct 2026 • 9:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Imam muda masjid maut kemalangan

KUALA PILAH – Seorang imam muda masjid maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 21, Jalan Seremban–Kuala Pilah, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.06 petang itu, mangsa yang turut berkhidmat sebagai penghantar barangan berusia 29 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan kereta Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 56 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban sebelum motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan kereta tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan sehingga mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Muhamad, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

The post Imam muda masjid maut kemalangan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved