Imam tak letak jawatan bertulis, JHEAINS ambil alih masjid

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 9:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Imam tak letak jawatan bertulis, JHEAINS ambil alih masjid

JELEBU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak menerima sebarang notis peletakan jawatan secara bertulis daripada Imam 1 Masjid Jamek Kuala Klawang susulan isu solat Jumaat yang tidak dapat dilaksanakan di masjid berkenaan hari ini.

JHEAINS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya hanya menerima maklumat secara lisan berhubung hasrat imam berkenaan untuk berbuat demikian.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit juga masih menerima elaun imam bagi jawatan berkenaan meskipun timbul isu peletakan jawatan tersebut.

Susulan kejadian itu, pentadbiran Masjid Jamek Kuala Klawang akan diambil alih sementara waktu oleh JHEAINS Daerah Jelebu bagi memastikan urusan pengurusan masjid dan pelaksanaan ibadah berjalan lancar.

Dalam masa sama, jabatan itu akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kira-kira 250 jemaah di sebuah masjid di Masjid Jamek Kuala Klawang, di sini, tidak menunaikan solat Jumaat hari ini, sebaliknya menunaikan solat zuhur susulan peletakan jawatan imam yang ‘keberatan’ membaca nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah Jumaat.

Sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Omar, 50an berkata, imam berkenaan mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Selasa lalu selepas menerima arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya memasukkan nama Undang Luak Jelebu yang baharu dalam khutbah.-KOSMO! ONLINE

The post Imam tak letak jawatan bertulis, JHEAINS ambil alih masjid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved