Imej Rasmi Sony 1000XM The ColleXion Pula Tetiris

Digital
13 May 2026 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fon kepala siri Sony WH-1000XM mempunyai reputasi menawarkan kualiti audio premium dan rekaan yang menarik. Tetapi golongan peminat fon kepala premium mengatakan bahan binaannya plastik maka tidak cukup tahan lasak. Serentak dengan pelancaran Sony Xperia 1 VIII hari ini, imej rasmi Sony 1000XM The ColleXion tetiris menerusi laman Android Headlines.

Image from: Imej Rasmi Sony 1000XM The ColleXion Pula Tetiris

Dari sudut rekaan, Sony 1000X The ColleXion mengitar semula rekaan cawan telinga 1000XM6 tetapi dipadankan dengan bahagian tangkai dan cekak kepala diperbuat daripada logam. Bahagian pelapik atas kepala pula diperbuat daripada bahan kulit yang nampak lebih mewah.

Image from: Imej Rasmi Sony 1000XM The ColleXion Pula Tetiris

Kerana penggunaan bahan lebih premium, Sony 1000X The ColleXion tidak boleh dilipat. Selain itu ura-ura mengatakan ia mempunyai bateri 24 jam, sokongan DSEE dan audio 360 darjah. Dari segi kemampuan audio ia setanding dengan 1000XM6 tetapi dengan bahan binaan lebih premium sahaja.

Fon kepala ini akan dilancarkan pada 19 Mei depan dengan harga dipercayai sekitar $649(~RM 2572) sepasang.