India hantar pemimpin ‘lipas’ ke penjara

WorldPolitics
15 Oct 2026 • 9:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: India hantar pemimpin ‘lipas’ ke penjara

NEW DELHI –  Dua pemimpin gerakan belia India daripada Parti Lipas Janta(CJP), direman  lima hari semalam, ketika polis memperketatkan kawalan ekoran tunjuk perasaan terhadap suruhanjaya pilihan raya.

Aktivis CJP dan parti pembangkang mengingkari tindakan keras pasukan keselamatan untuk menuntut supaya ketua pesuruhjaya pilihan raya India meletak jawatan.

Mereka menuduh badan  itu memanipulasi daftar pemilih bagi memberikan  kelebihan kepada parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Suruhanjaya yang mengawal selia pengundian di negara paling ramai penduduk di  dunia itu  menafikan sebarang salah laku.

Polis Delhi berkata,  pemimpin CJP iaitu Ashutosh Ranka, 30, dan Saurav Das, 27, ditahan atas ‘dakwaan berulang kali cuba untuk mengganggu ketenteraman awam dan melanggar undang-undang.’

Pada akhir tempoh reman lima hari, penahanan boleh dilanjutkan atau mereka dibebaskan dengan ikat jamin, atau dibebaskan sepenuhnya.

“Percubaan mereka untuk menghasut orang lain menerusi media sosial supaya terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang juga diambil kira,” kata polis. – AFP

 

The post India hantar pemimpin ‘lipas’ ke penjara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved