Individu berjubah panjat pagar, curi jemuran

6 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Individu berjubah panjat pagar, curi jemuran
Tangkap layar rakaman CCTV tular seorang individu memakai jubah dipercayai mencuri pakaian jemuran di Taman Cheras Indah, Ampang.
Image from: Individu berjubah panjat pagar, curi jemuran
Polis giat mengesan seorang individu berjubah selepas perbuatannya tular mencuri pakaian yang dijemur di Taman Cheras Indah.

AMPANG - Polis giat mengesan seorang individu berjubah selepas perbuatannya tular mencuri pakaian yang dijemur di Taman Cheras Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, satu laporan diterima pihaknya pada Jumaat daripada seorang wanita selepas mendapati pakaian yang dijemur di luar rumah telah hilang.

Menurutnya, pengadu telah membuat semakan rakaman kamera tertutup (CCTV) dan mendapati seorang individu memakai jubah gelap telah memanjat pagar dan masuk ke halaman rumah.

**media[3541797]**

"Pemeriksaan dapati hanya pakaian jemuran sahaja yang hilang.

"Kes masih dalam siasatan dan suspek terlibat masih dikesan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved