Individu buat laporan polis pengguna TikTok sentuh 3R

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 10:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang individu di sini membuat laporan polis pada Jumaat berhubung video yang dimuat naik seorang pengguna di TikTok yang dipercayai menyentuh Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R).

Dalam laporannya, Rahmat Iskandar Ibrahim, 44, berkata dia terjumpa video itu ketika menyemak imbas aplikasi itu di rumah.

AdvertisementVideo itu, dakwanya, menghina proses pelantikan Ketua Negara ke-11, Tun Musa Aman, oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Saya percaya tindakan individu ini adalah untuk mencemarkan nama baik dan maruah Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri. Ia boleh mencetuskan sentimen negatif dan berpotensi mengganggu keamanan dan keselamatan Sabah,” katanya dalam laporan itu.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Tambah Rahmat, beliau memfailkan laporan itu untuk meminta siasatan lanjut polis berhubung penghinaan tersebut, di bawah Akta Hasutan, dan untuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Daerah Sandakan.