Individu Didakwa Pihak Madrasah Tuntut Kutipan Derma Daripada Aisyah Hijanah Lepas 2 Tahun?

Entertainment
14 Jun 2024 • 12:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nama pempengaruh Aisyah Hijanah kembali menjadi sebutan apabila ada pihak mendakwa isu yang pernah tular berkenaan dengan perkahwinan suaminya, Alif Teega dengan isteri kedua hanya gimik, bahkan turut timbul satu kontroversi yang dikatakan ‘songlap’ duit kutipan derma.

Bagaimanapun, Aisyah Hijanah ada tampil memberikan respon berkenaan dengan isu tersebut dan sekaligus menjawab kes pemecatan pekerjanya dalam masa 24 jam. Namun, ada lagi pihak memberikan kenyataan balas terhadap kes pemecatan itu.

Tidak hanya dengan itu, tular lagi satu komen daripada seorang wanita yang dikatakan wakil daripada sebuah madrasah menuntut jumlah kutipan derma yang dibuka melalui saluran Aisyah Hijanah.

Dikatakan, Aisyah sudah 2 tahun mendiam selepas kutipan derma itu dibuka. Jelas wanita berkenaan lagi, dia mempunyai bukti transaksi ‘duit masuk’.

image is not available

Setakat ini, Aisyah masih lagi belum memberikan sebarang respon berkenaan isu ini dan harap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Sumber : X FWB News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.