Individu Ini Jelaskan Mengapa Taman Permainan Kanak-kanak Tak Sesuai Digunakan Oleh Haiwan Peliharaan

Entertainment
26 Feb 2023 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita telah membawa beberapa ekor anjing peliharaannya bermain di gelongsor di sebuah taman permainan.

Perkara tersebut telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan warganet kerana ada yang bersetuju dengan tindakan tersebut dan ada juga yang tidak bersetuju.

Namun, seorang individu lain yang dikenali sebagai Marina Ibrahim di Twitter telah tampil memberi penjelasan mengapa taman permainan kanak-kanak tidak sesuai digunakan oleh haiwan peliharaan.

Menurutnya, kebanyakan taman permainan kanak-kanak tidak sesuai digunakan oleh binatang peliharaan kerana ada kanak-kanak yang menghidap alahan atau alergik kepada bulu haiwan seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, aspek kebersihan juga menjadi cabaran kerana menurutnya lagi, kebanyakan rakyat Malaysia tidak begitu mengambil berat apabila haiwan peliharaan mereka membuang najis seperti kencing atau berak.

Ini kerana jika di luar negara, kebanyakan pemilik haiwan peliharaan akan membersihkan semula tempat haiwan mereka membuang najis terutamanya jika di tempat awam.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jadi, untuk anda yang mempunyai haiwan peliharaan dan ada keinginan untuk membawa kucing atau anjing anda berjalan-jalan di fasiliti awam, anda disarankan untuk menggunakan pet stroller.

Selain itu, pemilik haiwan juga boleh cari taman yang membenarkan pengunjung untuk bawa binatang peliharaan korang sebab di Lembah Klang, ada banyak juga pet friendly parks kan.

Apa pula pendapat korang?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.