Individu ‘Serik’ Guna Khidmat Pelancongan Influencer Melayu Terkenal Di Korea Selatan

LocalTravel
20 Nov 2024 • 7:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular di Tiktok, seorang pelancong tempatan berkongsi pengalaman beliau menggunakan travel agency ke Korea Selatan dimiliki seorang influencer terkenal yang berasal dari Malaysia.

Pempengaruh tersebut dilaporkan telah menetap di Korea Selatan sejak tahun 2016, kemudian dia memulakan perniagaan restoran halal dan menyediakan perkhidmatan pengendalian pelancongan di sana.

Dakwa perkhidmatan agensi tidak cekap dan semua nak cepat

image is not available

Menerusi video yang dikongsi oleh pelancong tersebut, dia menggunakan sound background popular di TikTok ‘nak cepat, nak cepat,’ sambil memaparkan suasana di lokasi yang dilawatinya.

Pelancong tersebut turut menyertakan kapsyen yang menggambarkan rasa ketidakselesaannya.

Kalau anda sudah bayar untuk pakej pelancongan agensi ini, maka bersiaplah dari segi mental dan fizikal.- Katanya

Netizen penuhi ruangan komen kongsi pengalaman yang sama

image is not available
Kredit foto: Boarder of Adventure

Tanpa disangka, ramai netizen tampil berkongsi pengalaman mereka menggunakan travel agency pempengaruh itu. Majoriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diterima, meskipun telah membayar harga yang tinggi untuk pakej yang ditawarkan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

#OhmediaNasihat

Sebelum memilih pakej pelancongan, kita sebagai pelanggan harus melakukan kajian mendalam tentang agensi yang kita ingin pilih dan lihat ‘review’ pelanggan sebelumnya untuk mengelakkan kekecewaan seperti ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tiktok