Rumusan Artikel
Timbul dakwaan di media sosial bahawa Adabi berasal dari Indonesia susulan perbincangan mengenai sumber bahan mentah.
Seorang pekerja Adabi di Rawang tampil menjelaskan bahawa pemilik syarikat berkenaan adalah dari Kedah.
Admin rasmi Adabi menegaskan jenama itu memang ada di Indonesia, tetapi bukan berasal dari sana.
Maklumat profil syarikat yang dikongsikan menunjukkan ACISB ditubuhkan pada 1984 dan berasal dari Malaysia.
Perbincangan mengenai rantaian bekalan makanan di media sosial baru-baru ini mencetuskan salah faham apabila sebuah video menyentuh mengenai sumber bahan mentah jenama terkenal, Adabi.
Perkara itu kemudiannya menjadi perdebatan apabila ada segelintir netizen dari Indonesia yang mendakwa Adabi merupakan jenama berasal dari negara tersebut.
AdvertisementKekeliruan itu turut mengundang reaksi pengguna media sosial di Malaysia yang sememangnya mengenali Adabi sebagai sebuah jenama tempatan.
Pekerja Adabi Tampil Beri Penjelasan
Seorang pengguna media sosial yang mendakwa bekerja di kilang Adabi di Rawang turut tampil memberikan penjelasan mengenai asal-usul syarikat berkenaan.

“Selama aku kerja dekat Adabi Rawang ni, aku cuma tahu owner dia orang Kedah. Sejak bila dari Indonesia,” tulisnya.
Tidak lama kemudian, akaun rasmi Adabi turut memberikan respons terhadap perdebatan tersebut.
“Iya laaa bang. Claim laa kedai tu pun dari sana. Btw Adabi memang ada di Indonesia tapi bukan asal dari sana,” balas admin rasmi berkenaan.
Jawapan tersebut secara tidak langsung menjelaskan bahawa Adabi memang mempunyai pasaran di Indonesia, namun bukan berasal dari negara tersebut.

Adabi Jelaskan Asal Usul Syarikat
Pihak Adabi kemudiannya berkongsi hantaran susulan dengan perkataan “Hadam”, bersama maklumat profil syarikat.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (ACISB) ditubuhkan pada tahun 1984 dan negara asal yang dinyatakan ialah Malaysia.
Syarikat berkenaan beroperasi di Rawang, Selangor, selain menjalankan perniagaan untuk pasaran tempatan dan eksport.
Dalam masa sama, penggunaan bahan mentah dari luar negara seperti Indonesia tidak bermaksud sesebuah produk itu berasal dari negara berkenaan. Bahan mentah tertentu boleh diperoleh dari negara luar berdasarkan keperluan rantaian bekalan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Malaysia Tidak Akan Wujud Tanpa Indonesia" - Pelakon Negara Seberang Ini Bersuara Mengenai Isu Boikot Produk Kahf
The post Indonesia ‘Claim’ Kilang Adabi Asal Dari Sana, Akaun Rasmi Tampil Respon ‘Savage’ – “Hadam” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





